Official Jonas Brothers Fansite in Malaysia

Jonas Brothers Mahu Kenali Malaysia

Semua pembaca GUA sedia maklum kehadiran tiga jejaka adik-beradik popular, Jonas Brothers ke Malaysia. Mereka akan bertemu peminat di ibu kota pada 24 Oktober 2012 setelah lama bercuti panjang. Hari ini (Selasa, 9 Oktober), GUA bertuah dapat bertentang mata dengan Kevin, Joe dan Nick Jonas di alam maya. The WonderLand+ menganjurkan temu bual menerusi Skype dengan sekumpulan media pagi tadi.

Penampilan tiga adik-beradik itu sungguh ringkas dan begitu petah melayan soalan-soalan diajukan. Kevin dan Nick lebih banyak memberi jawapan dan komen manakala Joe di tengah-tengah banyak mengiakan sahaja tetapi sesekali dia mencelah. Setelah masing-masing muncul dengan projek solo, penyatuan semula Jonas Brothers kali ini adalah untuk menwar-warkan projek terbaru mereka.

Menurut Nick, ia adalah masa paling tepat dan mereka tidak sabar-sabar lagi bertemu peminat. Joe pula menganggap mereka berbesar hati dapat melakukan aktiviti paling digemari bersama (menghiburkan peminat). Setiap persinggahan adalah mengalaman paling indah. Menurut Joe lagi, ini adalah evolusi sementelah mereka bakal muncul dengan album baru—Secara terbuka minda akan bekerjasama mencipta muzik dan melakukan persembahan.

Perkembangan baru mengenai album, mereka masih memilih lagu dan ada beberapa sudah dipilih termasuk lagu Meet You In Paris. Proses itu mengambil masa demi mendapat lagu terbaik dalam album kelima. Ikuti temu bual GUA bersama Jonas Brothers;

Bagaimana dengan projek solo sebelum ini?

Walaupun kami sibuk dengan projek solo masing-masing tetapi kami tidak pernah berpisah. Ia adalah pengalaman paling berharga buat kami.

Konsep album baru yang kelima ini?

Straight from the heart.

Rancangan realiti Marriage To Jonas terbitan Ryan Seacrest mendapat sambutan di Channel E!. Apakah pendapat Kevin khususnya?

Bagi saya ia menakjubkan, menarik dan menjadikan kami berkomunikasi lebih baik. Lebih-lebih lagi saya punya banyak waktu bersama sahabat baik saya (isteri). Seluruh keluarga, saudara dan teman-teman muncul dalam rancangan ini.

Ini adalah konsert pertama di Malaysia. Apakah harapan Jonas Brothers?

Ini adalah bab baru buat kami membuat comeback tour dan semestinya kami mahu menawan teroteri baru seperti Asia.

Pernahkah Jonas Brothers menerima pesanan-pesanan dari peminat Malaysia?

Kami teruja mahu bertemu peminat Asia buat kali pertama. Kami percaya peminat tegar kami ada di Malaysia juga tak sabar bertemu kami. Kebanyakan peminat menghantar permintaan lagu untuk kami nyanyikan menerusi facebook dan twitter.

Ada tak Jonas Brothers terdengar mengenai mana-mana artis Malaysia? Contohnya Yuna yang kini berada di US?

(mereka terdiam seketika sehinggalah Kevin menunjukkan cover Yuna di telefon bimbitnya dan memainkan lagu Yuna) Oh, saya patut dapatkan album ini.

Masih gugupkah setiap kali muncul di pentas?

Sesekali. Tetapi kami seronok setiap kali membuat persembahan di pentas. Itu adalah perkara kami adik-beradik suka lakukannya. Harap-harap konsert berjalan lancar.

Sepanjang tour, adakah Jonas Brothers punya permintaan tertentu perlu disediakan di belakang pentas atau dressing room?

Kami jalani kehidupan yang sihat jadi tiada makanan ringan disediakan. Hm, kebanyakannya semua benda sihat. Tak ada benda-benda gila yang kami minta (ketawa).

Apakah senarai lagu bakal diperdengarkan?

Sebanyak mungkin. Dan, ada tiga lagu baru akan didendangkan.

Konsert Jonas Brothers dibawakan The WonderLand+ pada 24 Oktober di Stadium Negara, Kuala Lumpur bermula jam 8 malam. Tiket-tiket  dijual pada harga RM88 & RM188 (Tempat Duduk Bebas), RM238 (Rock Zone) dan RM288 (Tempat Duduk Bernombor VIP / The Pitt). Harga ini tidak termasuk yuran pemprosesan tiket sebanyak RM3 untuk setiap tiket kategori. Semua kategori tiket ini boleh didapati di seluruh negara menerusi TicketCharge online dan kedai-kedai yang ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi TicketCharge di +603 9222 8811 atau layari laman sesawang http://www.ticketcharge.com.my .

Source: http://www.gua.com.my/berita-artis/Jonas_Brothers_Mahu_Kenali_Malaysia.html

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s