Official Jonas Brothers Fansite in Malaysia

Latest

Jonas Brothers in MALAYSIA

Jonas Brothers Kini Berada Di Malaysia !Jonas Brothers Kini Berada Di Malaysia !

SEKALIAN peminat trio adik beradik, Jonas Brothers! Sudahkah anda semua bersedia untuk bergembira di konsert mereka malam esok?!

 

Ya, penantian peminat Malaysia mahu menyaksikan persembahan Kevin, Joe dan Nick di depan mata akan berakhir tak lama lagi.

 

Kalau anda memang dah lama bersedia, Jonas Brothers juga sudah bersedia dan mereka kini sudah berada di Malaysia.

Tiga beradik ini selamat menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 11.10 pagi tadi.

Jonas Brothers yang tiba dari Singapura bersama rombongan yang terdiri daripada 30 orang pemuzik, di sambut puluhan peminat tanah air yang telah sedia menanti mereka sejak awal pagi lagi.

Ini merupakan kunjungan kali pertama Jonas Brothers ke sini sempena konsert mega sulung mereka, Jonas Brothers Live in Malaysia 2012. Konsert anjuran The WonderLand+ ini akan berlansung di Stadium Negara, Kuala Lumpur, jam 8 malam esok.

Kepada peminat Jonas Brothers, apa lagi ? Serbu Stadium Merdeka jom !

Kepada peminat Jonas Brothers, apa lagi ? Serbu Stadium Merdeka jom !

– mD

Source: http://www.malaysiandigest.com/entertainment/145782-jonas-brothers-selamat-tiba-di-malaysia.html

MJBF Pre-concert meet-up

Hello MJBFers,

We are going to distribute the #jonasinMalaysiatshirts during this pre-concert meet-up.

The following are the details for this meet-up:

Date: 21st October 2012

Venue: KLCC Park

Time: 2pm

Maybe we can do a little of ice-breaking, a video or some other activities before Jonas Brothers Live in Malaysia on this 24th October.

If you didn’t buy the tshirts also can come too! The more the merrier! 😀

You might be able to grab some freebies to take back home!

Come and let’s meet!

Extra info:

1) We do not take any order for #jonasinmalaysiatshirts anymore. The due date is ended.

2) If you are interested in 15% discount for the Jonas Brothers Live in Malaysia tickets, email malaysianjbfans@gmail.com the quantity and the seating. This offer will end at 11.59pm, 19th October 2012.

3) Jonas Brothers is in Asia! 😀

Menangi Tiket (Zon The Pitt), (Rock Zone) & JB Live In Malaysia!

..

Kurang lebih 12 hari saja lagi bakal berlangsungnya konsert dari trio sensasi Amerika, Jonas Brothers, Jonas Brothers Live In Malaysia 2012.

Malaysia dipilih sebagai sebahagian daripada jelajah kemunculan semula utama mereka dalam arena nyanyian. Saksikan Jonas Brothers Live In Malaysia dan hayati muzik mereka di atas pentas untuk kali pertama pada 24 Oktober 2012 bertempat di Stadium Negara.

..

Anda dah beli tiket? Atau sedang merancang untuk beli tiket? Cepat-cepat sebelum kehabisan.

Atau…. anda nak tiket percuma? Sedang elok lah tu. Sebabnya pihak penganjur iaitu The WonderLand+ baru saja memberikan kami tiket dan kami berbesar hati nak bagi kepada anda pembaca setia malaysiandigest.com

Tapi sebelum itu, sila jawab dulu soalan yang sangatlah senang ni berserta slogan:

x2 Hadiah Utama: Sepasang (Zon The Pitt yang berharga RM238 untuk satu tiket)

x5 Hadiah tempat kedua: (Rock Zone yang berharga RM288 untuk satu tiket)

1. Siapakah nama ketiga-tiga anggota kumpulan Jonas Brothers dan apa hubungan mereka?

2. Berikan dua lagu dan satu program realiti popular Jonas Brothers?

3. Siapakan penganjur Jonas Brothers Live In Malaysia 2012 dan bila ianya akan    diadakan?

Saya tidak mahu terlepas peluang menyaksikan konsert Jonas Brothers Live in Malaysia 2012 kerana __________________________ (tidak melebihi 25 patah perkataan).

Syarat-syarat penyertaan:
“Like” Facebook dan Follow Twitter Malaysian Digest terlebih dahulu.  Sekiranya tidak berbuat demikian pernyertaan anda secara automatik BATAL!

Jawapan tepat, penghantaran paling awal dan slogan paling kreatif dikira sebagai pemenang.

Jawapan hendaklah dihantar berserta nama penuh, alamat lengkap, no. telefon dan no. kad pengenalan.

Emailkan kepada contestMD@malaysiandigest.com

Keputusan adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

Tarikh tutup: 18 Oktober 2012.

Terima kasih kepada The WonderLand+ atas tajaan hadiah

-mD

 Source: http://www.malaysiandigest.com/entertainment/132391-menangi-tiket-x2-pasang-zon-the-pitt-x5-rock-zone-a-jb-live-in-malaysia-jonasbrothers-malaysianjbfans-joejonas-nickjonas-kevinjonas.html

Jonas Brothers Mahu Kenali Malaysia

Semua pembaca GUA sedia maklum kehadiran tiga jejaka adik-beradik popular, Jonas Brothers ke Malaysia. Mereka akan bertemu peminat di ibu kota pada 24 Oktober 2012 setelah lama bercuti panjang. Hari ini (Selasa, 9 Oktober), GUA bertuah dapat bertentang mata dengan Kevin, Joe dan Nick Jonas di alam maya. The WonderLand+ menganjurkan temu bual menerusi Skype dengan sekumpulan media pagi tadi.

Penampilan tiga adik-beradik itu sungguh ringkas dan begitu petah melayan soalan-soalan diajukan. Kevin dan Nick lebih banyak memberi jawapan dan komen manakala Joe di tengah-tengah banyak mengiakan sahaja tetapi sesekali dia mencelah. Setelah masing-masing muncul dengan projek solo, penyatuan semula Jonas Brothers kali ini adalah untuk menwar-warkan projek terbaru mereka.

Menurut Nick, ia adalah masa paling tepat dan mereka tidak sabar-sabar lagi bertemu peminat. Joe pula menganggap mereka berbesar hati dapat melakukan aktiviti paling digemari bersama (menghiburkan peminat). Setiap persinggahan adalah mengalaman paling indah. Menurut Joe lagi, ini adalah evolusi sementelah mereka bakal muncul dengan album baru—Secara terbuka minda akan bekerjasama mencipta muzik dan melakukan persembahan.

Perkembangan baru mengenai album, mereka masih memilih lagu dan ada beberapa sudah dipilih termasuk lagu Meet You In Paris. Proses itu mengambil masa demi mendapat lagu terbaik dalam album kelima. Ikuti temu bual GUA bersama Jonas Brothers;

Bagaimana dengan projek solo sebelum ini?

Walaupun kami sibuk dengan projek solo masing-masing tetapi kami tidak pernah berpisah. Ia adalah pengalaman paling berharga buat kami.

Konsep album baru yang kelima ini?

Straight from the heart.

Rancangan realiti Marriage To Jonas terbitan Ryan Seacrest mendapat sambutan di Channel E!. Apakah pendapat Kevin khususnya?

Bagi saya ia menakjubkan, menarik dan menjadikan kami berkomunikasi lebih baik. Lebih-lebih lagi saya punya banyak waktu bersama sahabat baik saya (isteri). Seluruh keluarga, saudara dan teman-teman muncul dalam rancangan ini.

Ini adalah konsert pertama di Malaysia. Apakah harapan Jonas Brothers?

Ini adalah bab baru buat kami membuat comeback tour dan semestinya kami mahu menawan teroteri baru seperti Asia.

Pernahkah Jonas Brothers menerima pesanan-pesanan dari peminat Malaysia?

Kami teruja mahu bertemu peminat Asia buat kali pertama. Kami percaya peminat tegar kami ada di Malaysia juga tak sabar bertemu kami. Kebanyakan peminat menghantar permintaan lagu untuk kami nyanyikan menerusi facebook dan twitter.

Ada tak Jonas Brothers terdengar mengenai mana-mana artis Malaysia? Contohnya Yuna yang kini berada di US?

(mereka terdiam seketika sehinggalah Kevin menunjukkan cover Yuna di telefon bimbitnya dan memainkan lagu Yuna) Oh, saya patut dapatkan album ini.

Masih gugupkah setiap kali muncul di pentas?

Sesekali. Tetapi kami seronok setiap kali membuat persembahan di pentas. Itu adalah perkara kami adik-beradik suka lakukannya. Harap-harap konsert berjalan lancar.

Sepanjang tour, adakah Jonas Brothers punya permintaan tertentu perlu disediakan di belakang pentas atau dressing room?

Kami jalani kehidupan yang sihat jadi tiada makanan ringan disediakan. Hm, kebanyakannya semua benda sihat. Tak ada benda-benda gila yang kami minta (ketawa).

Apakah senarai lagu bakal diperdengarkan?

Sebanyak mungkin. Dan, ada tiga lagu baru akan didendangkan.

Konsert Jonas Brothers dibawakan The WonderLand+ pada 24 Oktober di Stadium Negara, Kuala Lumpur bermula jam 8 malam. Tiket-tiket  dijual pada harga RM88 & RM188 (Tempat Duduk Bebas), RM238 (Rock Zone) dan RM288 (Tempat Duduk Bernombor VIP / The Pitt). Harga ini tidak termasuk yuran pemprosesan tiket sebanyak RM3 untuk setiap tiket kategori. Semua kategori tiket ini boleh didapati di seluruh negara menerusi TicketCharge online dan kedai-kedai yang ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi TicketCharge di +603 9222 8811 atau layari laman sesawang http://www.ticketcharge.com.my .

Source: http://www.gua.com.my/berita-artis/Jonas_Brothers_Mahu_Kenali_Malaysia.html